Wednesday, March 14, 2007

mArI uJi MiNdA....

SOALAN OBJEKTIF


1- Kematian menyebabkan terhentinya sistem biologikal dalam badan
A- Ya B- Tidak

2- Wasiat merupakan perkara yang wajib dilakukan sebelum seseorang meninggal dunia
A- Ya B- Tidak

3- Kematian yang disebabkan kemalangan adalah kematian dan jenis faktor perkembangan manusia
A- Ya B- Tidak

4- Puan Shima meninggal dunia pada umur 80 tahun kerana batuk-batuk dan demam. Hal demikian merujuk kepada

a-kematian psikologikal
b-kematian yang tidak disangka
c-kematian berpenyakit
d-kematian melalui perkembangan manusia (tua)

A- b dan c C- b dan d
B- c dan d D- a,c dan d

5- Apabila seseorang itu tahu yang dia akan berhadapan dengan kematian, apakah yang perlu dilakukan?
a-meratap kesedihan
b-membuat wasiat
c-tenang dan bersabar
d-berbaik sangka kepada Tuhan

A- a dan c C- b,c dan d
B- c dan d D- a,b,c dan d

6- Apabila mendengar tentang kesedihan dan kematian, kamu akan berasa tidak selesa.
A- Ya B- Tidak

7- Apabila anda mendengar seseorang meninggal dunia, anda berasa berat hati untuk menziarahinya..
A - Ya B- Tidak

8- Memikirkan tentang kematian akan menjadi masalah bagi anda.
A- Ya B- Tidak

9- Anda akan menjadi seorang yang terlalu berhati-hati dalam mengambil risiko terhadap aktiviti-aktiviti fizikal.
A- Ya B- Tidak

10-Kamu akan cuba menghadiri upacara pengebumian ahli keluarga atau rakan-rakan anda
A- Ya B- Tidak

11-Berbanding dengan golongan muda, golongan tua lebih cenderung
A) takut kepada kematian
B) lebih memikirkan tentang kematian
C) tidak menghiraukan ajaran agama
D) lebih memikirkan kematian orang lain

12-Mereka yang berada di ambang kematian akan
A) lebih mendekatkan diri dengan Tuhan
B) sangat takut dengan kematian
C) mementingkan diri sendiri
D)menjadi seorang pemabuk

13-Antara perkara yang boleh dilakukan sebelum kematian kecuali
A) menipiskan perasaan takut
B) wasiat
C) ketenangan fikiran
D) membunuh diri

14-Contoh kematian yang tidak dapat diduga ialah kecuali
A) kemalangan
B) bencana
C) angin ahmar
D) mati dalam tidur

15-kematian yang berlaku akibat kitaran perkembangan dinamakan
A) kematian akibat penyakit
B) kematian tak diduga
C) kematian perkembangan kitaran
D) kematian fisiologi

17-menurut Speece dan Brant, komponen kematian ialah
a) perhentian dalam kehidupan
b) inrevisity
c) kehilangan status
d) kematian somatik

A- a dan c C- a, b dan c
B- c, b dan d D- a, b, c dan d

18-Empat elemen proses kematian dalam agama Buddha ialah kecuali
A)api
B)cahaya
C)air
D)tanah

19. Apakah faktor utama kematian mengikut pendapat penulis?
I - Penyakit
II - Makanan
III – Usia lanjut
IV – Kematian mengejut

A. I sahaja C. I, III dan IV
B. I, II dan III D. Semua benar

20. Penyakit berbahaya yang sering menjadi pembunuh adalah
A. Sakit jiwa C. Sakit hati
B. Barah D. Selsema

21. Kemalangan jalanraya merupakan faktor bagi kematian mengejut.
A. Benar B. Salah

22. Usia purata wanita zaman sekarang ialah
A. 45 tahun C. 17 tahun
B. 80 tahun D. 65 tahun

23. Usia purata lelaki zaman sekarang ialah
A. 45 tahun C. 17 tahun
B. 80 tahun D. 65 tahun

24. Kematian adalah pasti bagi setiap manusia
A. Benar B. Salah

25. Pesakit HIV / AIDS perlu didiskriminasi dalam masyarakat
A. Benar B. Salah



SOALAN SUBJEKTIF

1-Berikan maksud kematian dari perspektif psikologi.

2-Jelaskan pendekatan agama Buddha dan Hindu berkaitan dengan
kematian.

3-Sekiranya anda berhadapan dengan seseorang yang bakal
menghadapi kematian kerana berpenyakit,apakah saranan anda
kepadanya.

4. Apakah persediaan menghadapi kematian yang terbaik menurut agama Islam?

5. Senaraikan faktor kematian merujuk kepada penulis.

6. Penyakit-penyakit yang boleh menyebabkan kematian adalah seperti?
FAKTOR-FAKTOR KEMATIAN

Menyebut tentang kematian, ia amat mengerikan dan seolah-olah menjadi sesuatu yang perlu dielakkan oleh manusia. Bunyinya agak melucukan namun itulah hakikatnya. Anak-anak disogokkan bahawa kematian adalah sesuatu yang menakutkan. Sehinggakan disebutkan saja tentang kematian, anak-anak diam membisu. Yang nakal menjadi baik.

Sewajarnya kita mengajar anak-anak supaya lebih menerima tentang kematian. Sewajarnya kita mendidik anak-anak supaya mengerti apa itu kematian. Sewajanrnya kita memberi semangat kepada anak-anak supaya dapat menerima kematian sebagai suatu yang pasti dalam hidup manusia. Inilah hakikatnya yang perlu kita tanam dalam diri anak-anak kita tentang kematian..

Terdapat pelbagai punca kematian yang telah dapat dikenalpasti hasil kajian dan pembacaan kami. Secara asasnya, kematian berpunca daripada beberapa punca. Punca-punca kematian termasuklah kematian disebabkan penyakit, kematian yang tidak disangka, dan faktor usia lanjut.

Mengupas persoalan kematian yang berpunca daripada penyakit yang boleh membawa maut, terdapat pelbagai jenis penyakit. Penyakit-penyakit yang membawa maut ini bolehlah dikategorikan sebagai kategori penyakit genetik, penyakit berjangkit, penyakit yang ‘kita sendiri cari’. Antara contoh penyakit yang sering menjadi ketakutan ialah penyatit barah. Pelbagai penyakit barah telah dikenalpasti. Akhir-akhir ini, kajian mendapati pembunuh utama masyarakat dunia dalam kategori penyakit adalah barah. Antara faktor barah menjadi pembunuh utama adalah faktor kos perubatan dalam rawatan barah yang amat tinggi. Selain itu, bilangan pakar yang terhad membantutkan usaha menyelamatkan nyawa yang terancam akibat penyakit ini. Justeru, kematian kerap kali dikaitkan dengan pesakit barah. Selain itu, penyakit lain yang boleh membawa maut termasuklah penyakit jantung, paru-paru dan ginjal. Anggota-anggota dalaman badan yang sensitif ini mudah dijangkiti kuman dan virus seterusnya membawa kepada penyakit kronik yang membawa maut. Antara lain, terdapat juga penyakit yang berpunca dari kelalaian dan kecuain manusia sendiri. Seperti contoh penyakit AIDS yang berpunca dari perkongsian jarum penagih dadah dan penyakit jantung yang disebabkan tabiat buruk merokok dan alkohol.

Pengamatan, bacaan dan kajian ringkas kami mendapati, kematian yang tidak disangka seperti kemalangan jalan raya menjadi faktor yang agak penting yang menyebabkan kematian kebelakangan ini. Kemalangan jalanraya merupakan meatian mengejut dan tidak disangka. Ia merupakan malapetaka terbaru yang semakin melanda seluruh dunia terutamanya di negara Malaysia. Indeks Keselamatan Awam menunjukkan berlakunya kemalangan yang meragut nyawa bagi setiap seribu buah kenderaan. Bayangkan jika seratus ribu buah kenderaan mendaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia setiap bulan di Malaysia, maka kematian yang dianggarkan bagi setiap bulan akibat kemalangan adalah seramai seribu orang. Jumlah ini cukup membimbangkan kerana kemalangan jalanraya membunuh populasi dan komuniti Malaysia dengan begitu cepat. Sumber Polis DiRaja Malaysia menunjukkan pada tahun 2004, sebanyak 2% daripada 530,000 kemalangan menyebabkan kematian. Jumlah kematian adalah seramai 10,660 kematian bagi tahun 2004 di seluruh Malaysia akibat kemalngan jalanraya. Fakta ini sedikit sebanyak memberi gambaran kepada kita tentang kematian yang tidak disangka ini.











Faktor terakhir yang mendapat perhatian kami tentang kematian adalah faktor lanjut usia. Faktor ini merupakan faktor asas bagi kematian. Lumrah yang hidup, pasti akan pergi. Semua agama di dalam dunia ini mengakui hakikat kematian, yang berbeza bagi setiap agama dan ajaran adalah pemahaman dan konsep kehidupan selepas kematian. Kematian disebabkan usia lanjut adalah lumrah kitaran hidup manusia. Apabila kita menjangkau umur dewasa akhir, maka kita perlulah bersiap dan sedia menerima hakikat kematian akan datang pada bila-bila masa. Akan tetapi, kematian pada hakikatnya tidak mengenal usia. Pada zaman dahulu, usia manusia menjangkau hampir 200 tahun. Namun, faktor persekitaran hari ini telah memendekkan usia manusia. Usia manusia sekarang dikatakan hanya boleh menjangkau umur 60 hingga 70 tahun sahaja. Faktor usia ini juga kadangkala berkait dengan gaya hidup dan budaya seseorang. Ini termasuklah cara pemakanan, kehidupan dan faktor sosial yang lain. Semua ini menunjukkan faktor yang menyebabkan kematian. Namu hari ini, kematian menjengah manusia dalam usia yang semakin singkat.

Kesimpulan, kematian adalah sesuatu yang memang tidak dapat dielakkan. Akan tetapi gaya hidup dan faktor sosial serta persekitaran lain membantu mempercepatkan kematian. Justeru itulah, seseorang perlu mengamalkan gaya hidup sihat serta perlu bersedia dengan kematian.



















KEMATIAN MENURUT AGAMA ISLAM

Golongan yang kuat dan mulia adalah orang-orang yang berani menerima hakikat dan melaluinya dengan penuh keyakinan ( Ab. Aziz Mohd Zain: 1999). Orang yang berani adalah orang yang tahu akan hakikat kematiannya. Orang yang tahu akan kematiannya sudah pasti menyiapkan diri sepenuh jiwa raga keimanan disemai pada dirinya.

Di dalam surah Al-Imran 139 maksudnya:

Dan janganlah kamu berasa lemah dan berdukacita kerana kamuorang-orang yang tertinggi, jika kamu benar-benar orang beriman.

Ayat di atas menyebut bahawa manusia tidak perlu berdukacita dan berasa lemah dalam menghadapi sesuatu. Allah SWT akan sentiasa dekat pada manusia yang benar-benar beriman kepadanya ( Ab. Aziz Mohd Zain: 1999)

Pada manusia, kematian adalah satu pengakhiran dalam kehidupan. Namun bagi Allah SWT, kematian manusia adalah satu pertemuan Allah SWT dengan hambanya. Manusia yang beramal soleh akan diangkat oleh Allah SWT sebagai seorang manusia yang mulia. Pandangan Allah pada hambanya adalah pada ketaatan dan keimanan. Keimanan manusia pada Allah SWT diukur dari perspektif amal ibadat dalam dunia. Amal ibadat di dunia tidak ubah seperti satu benih yang akan berbuah di negeri akhirat. Kalau amal baik maka akan dibalas baik di akhirat dan sebaliknya. ( Syaikh Abdul Latif Musytahariy. 2005)

Firman Allah S.W.T, maksudnya:

Sesiapa yang mengerjakan kebaikan walau seberat sebiji zarah, maka dia akan melihat (balasannya). Dan sesiapa mengerjakan kejahatan walau seberat sebiji zarah, maka dia akan melihat balasannya pula.(surah Al-Zalzalah: 7-8)

Orang yang tahu akan kematiannya seharusnya bersabar, menguatkan diri dan redha dengan jalan yang diaturkan oleh Allah SWT. Penyakit seperti kanser, leukemia danAIDS akan berhadapan dengan keadaan kematian yang bakal diketahui dan boleh dijangkakan. Sebagai seorang yang berhadapan dengan situasi ini, seharusnya mereka menguatkan diri dan memikirkan sesuatu yang mampu mereka lakukan sebelum mereka menghembus nafas terakhir. Seseorang itu seharusnya menguatkan diri secara mental dan psikologikal untuk meneruskan hari-hari terakhir. Sesorang itu perlulah banyak bertasbih dan bertahmid serta memohon doa dan keampunan supaya memudahkan perjalanannya. Di samping itu terdapat perkara-perkara lain yang boleh dilakukan sebelum menghadapi bibit-bibit kematian.

Antara perkara yang boleh dilakukan:1. Wasiat.2. Berubat dan mengingati mati.3. Menipiskan rasa takut.4. Memohon keampunan dan keselamatan kepada Allah.5. Baik sangka kepada Allah6. Menikmati ketenangan fikiran.


Wasiat

Al- Wasiat membawa maksud mewasiatkan apabila ia sampai. Orang yang berwasiat itu memberikan barang yang ada pada masa hidupnya supaya dimanfaatkan selepas kematiannya (Syaikh Abdul Latif Mushtahariy: 2005)Wasiat merupakan perjanjian untuk menunggu sesuatu atau mendermakan harta yang mereka terima setelah wafat. Bukan orang yang mempunyai harta sahaja boleh membuat wasiat, tetapi janji pun boleh diwasiatkan. Orang yang membuat wasiat mesti melengkapi harta-harta warisan yang sudah dia janjikan. Dia mesti melengkapi segala wasiat yang akan diterima orang lain nanti.

Wasiat memang ada disyariatkan, sesuai dengan firman Allah Ta’ala;

“ diwajibkan keatas kamu, apabila salah seorang di antara kamukedatangan( tanda-tanda maut) jika ia meninggalkan harta berwasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabatnya secara makruf. Ini adalah kewajipan bagi orang-orang yang bertakwa”.

( surah an-Nisa: 12)

Sesungguhnya berwasiat itu merupakan satu perkara yang baik dan harus dilakukan. Namun sebaiknya berwasiatlah dengan secara adil. Wasiat bukanlah satu firasat yang boleh dipermainkan kerana jika ia dipermainkan ia akan membawa kemungkaran dan kepayahan kepada pemegang wasiat itu.

Menurut Hadis Nabi (s.a.w) daripada Abu Hurairah yang berbunyi;

“ lelaki dan wanita yang taat dan beramal selama enam puluhtahun, kemudian mereka mati-dalam keadaan mempermain-mainkan wasiat –maka nerakalah bahagian keduanya.”

Daripada huraian Hadis di atas cukup menerangkan yang meninggalkan wasiat itu merupakan perkara yang baik namun perlu memberikan penekanan kepada ketulusan dan kepentingan wasiat tersebut. Perlu dielakkan daripada wasiat yang membebankan orang lain dan elakkan mempermainkan wasiat tersebut.

Berubat dan mengingati mati

Mengingati mati dan menganggap ajal sudah dekat bukan bererti kecewa dan meninggalkan dunia. Kita tidak boleh mentafsirkan seperti itu kerana yang demikian adalah prinsip-prinsip orang yang patah hati dan tidak berjiwa maju. Sebagai seorang muslim seharusnya tidak berputus asa berubat untuk penyakit yang kita hadapi ( Syaikh Abdul Latif Mushtahariy: 2005).

Selain itu “ mengingati mati” sentiasa akan memotivasikan kita untuk terus berusaha mendekatkan diri dengan Allah. Sesuai dengan riwayat Abu Sa’id al-Khudri, katanya: Rasulullah masuk ke dalam surau, baginda terjumpa jemaahnya yang sedang tertawa terbahak-bahak. Oleh yang demikian baginda bersabda;

“ seandainya kamu perbanyakkan mengingati sesuatu yangmenghilangkan kelazatan( mati) sudah tentu sudah ada kesibukan kamu dan tidak lagi seperti yang aku lihat tadi.”Banyaklah mengingati mati! Orang mati, apabila dia sudah masuk kedalam kubur nanti, maka kuburnya akan berkata: “aku ini adalah rumah yang sunyi, aku ini tempat perseorangan, aku ini rumah tanah dan rumah ulat.”

Kalau yang ditanam itu orang yang beriman, maka kubur itu akan berkata kepadanya:

“ selamat datang buat anda, anda adalah orang yang aku sukai yang datang kepada aku. Pada hari ini aku melindungimu kerana kamu sudah datang kesini, dan kamu akan melihat bagaimana layananku kepada mu.”

Nabi (s.a.w) bersabda:

“ kemudian diluaskan kuburnya sesayup mata memandang, sertadibukakan kepadanya pintu( pemandangan) ke syurga.

Kalau yang ditanam itu orang jahat ataupun orang kafir, kubur itu akan menyambut dengan kata-kata; “tidak ada tahniah dan selamat datang untuk kamu. Kamu adalah orang yang paling ku benci yang datang kepada ku. Oleh itu aku akan berpaling daripadamu pada kedatanganmu ini. Dan kamu akan melihat bagaimana tindakanku kepada mu.”

Kemudian kata Abu Sa’id; “ kubur itu akan memaki hamun serta menghimpitnya sehingga hancur tulang rusuknya.

Oleh yang demikian mengingati mati bukanlah satu perkara yang meruntun perasaan dan membaurkan persaan menakutkan. Sebaliknya seorang muslim membuat persedian dan bertaubat dengan segera dan memohon ribuan doa memudahkan kematian dan menyelamatkan dari azab dalam kubur itu. Sebagai seorang muslin perlu menguatkan iman di dalam dada dan perlu bertasbih dan bertahmid memuja keagungan Ilahi.

Menipiskan Rasa Takut

Takut merupakan satu perasaan yang ada pada diri manusia. Allah SWT membuat pengakuan tentang adanya perasaan takut dalam diri manusia. Antara penjelasanAllah dalam hal ini ialah seperti firman-Nya:Maksudnya:

“mereka merenggangkan diri dari tempat tidur kerana mengerjakansembahyang dan sebagainya; mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut akan kemungkaran-Nya serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi keredhaan-Nya; dan selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang kami berikan kepadanya.

(surah Al- Sajdah:16)

Berhadapan dengan kematian merupakan satu perkara yang kita takuti. Namun apabila kita bermain perasaan dengan ketakutan kematian itu, ia akan menjadikan emosi kita lemah. Sebaliknya kita harus melawan perasaan itu dan melakukan banyak ibadat serta momohon doa kepada Allah agar segala perbuatan dalam dunia di redhai oleh Nya.Sebenarnya perasaan takut yang ada pada manusia ini telah digunakan oleh syaitan untuk mengancam manusia dengan berbagai cara, supaya manusia akan terus tersasar dari keimanan Islam.( Ab. Aziz Mohd Zin. 1999) Namun Allah mengingatkan bahawa perasaan itu hendaklah digunakan pada tempat yang betul, iaitu takutkan Allah tanpa benda-benda lain. Justeru itu manusia tidaklah perlu berasa gentar kepada kematian, bahkan perlunya mewujudkan perasaan gembira untuk bertemu dengan Allah di dunia kekal abadi.

Memohon Keampunan dan Keselamatan Kepada Allah

Dalam kehidupan dunia ini, manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan. Dalam syariat Islam telah menetapkan pahala dan dosa. Pahala adalah satu ganjaran Allah kepada hambanya yang melakukan perkara atau ibadat dengan baik dan ikhlas. Dosa pula adalah satu ganjaran negatif yang diberikan oleh Allah apabila manusia membuat atau melanggar perkara-perkara yang dibenci oleh Allah. Dosa terbahagi kepada dua, dosa kecil dan dosa besar. Dosa kecil merupakan kesalahan ringan yang sering dilakukan manusia dan dosa besar adalah perbuatan yang melanggar syariat yang telah di gariskan oleh Islam seperti contoh meminum arak, berzina dan lain-lain.

Dalam kehidupan manusia, sudah pastinya manusia berdepan dengan mengumpul seberapa banyak dosa yang ditanggungnya. Di akhirat nanti amalan manusia akan dihitung. Sekiranya amalan manusia banyak kepada perkara yang baik dan pahala yang berat, maka manusia akan masuk ke dalam syurga abadi. Sebaliknya sekira manusia banyak melakukan dosa, sudah pasti neraka menanti. Namun sebenarnya Allah Maha penyayang dan Maha pengampun kepada hambanya. Seharusnya manusia perlu memohon keampunan kepada Allah supaya mengampunkan segala dosa-dosa yang telah kita lakukan. Dalam firman Allah ada menyentuh;

Maksudnya:
“ dan wahai kaumku, mintalah ampun kepada Tuhankamu,kemudian kembalilah taat kepada- Nya, supaya Dia menghantar kepada kamu hujan yang lebat serta menambahkan kekuatan kamu di samping kekuatan yang sedia ada, dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa.”
( surah Hud: 52)

Oleh yang demikian memohon keampunan merupakan satu amalan yang baik. Memohon ampun mampu menghindari dosa yang telah kita lakukan. Di samping itu umat Islam digalakkan melakukan taubat kepada Allah setelah dosa-dosa yang telah kita lakukan. Allah menuntut umatnya supaya melakukan taubat nasuha. Taubat nasuha adalah taubat yang manusia kita berjanji dengan tuhan tidak melakukan kesalahan yang sama. Justeru manusia seharusnya sentiasa berdoa kepada Allah dan memohon supaya pengampunan kita diterima dan melimpahkan pahala serta keredhaan-Nya.

Baik Sangka kepada Allah

Saudara ku semua! Kita wajib baik sangka kepada Allah. Ini kita tingkatkan lagi dengan iringan dengan rasa takut ketika menjelang ajal. Inilah yang dianjurkan oleh Nabi kita (s.a.w) (Syaikh Abdul Latif Musytahariy: 2005).Sesuai dengan hadisnya yang berbunyi:

“ janganlah salah seorang kamu mati melainkan dia sudah baiksangka kepada Allah.”

Manusia seharusnya berkeadaan baik sangka apabila bertemu dengan Allah kelak. Berbaik sangka kepada Allah membawa keredhaan Allah kepada manusia. Selain itu manusia perlu senantiasa mengingatkan diri dengan; apabila dalam keadaan sihat walafiat kita tumbuhkan rasa takut sewaktu nafsu kita mengajak kepada maksiat, dam kita tingkatkan rasa yakin dan harapan ketika meminta ampunmenjelang ajal kita.


Menikmati Ketenangan Fikiran

Apabila seseorang itu yang tahu akan ajalnya akan datang padanya, digalakkan supaya menikmati keindahan dan kehidupan ciptaan Allah ini. Sesungguhnya ciptaan alam ini adalah dari Allah s.w.t. tidak ada sebaik kejadian melainkan Allah yang menjadikan. Menikmati panorama alam boleh dijadikan sebagai terapi jiwa dan mental manusia. Terapi ini dapat dilakukan dengan menikmati keindahan pantai, pohon-pohon dan lain lain yang mana dapat di lihat dengan “ sedap mata memandang”.

Anugerah alam yang indah ini banyak menyingkap rahsia kejadiaan yang dicipta oleh manusia. Melalui melancong ke sesuatu tempat yang indah akan mengheret manusi melihat keindahan alam serta kekaguman penciptaan yang maha bijaksana dan maha kaya. Apabila kita menikmati keindahan alam ini, seharusnya kita menyedari akan kekuasaan Allah. Kita seharusnya sedar akan betapa hebatnya kekuasaan Allah dan kita memohon rahmat dari Allah. Mengkagumi ciptaan Allah memberikan tanda syukur kita kepada Allah. Apabila kita bersyukur, kita akan di angkat oleh Allah sebagai seorang hamba yang baik.


Terapi menikmati keindahan alam akan mendidik minda dan jiwa yang mana kita akan terdidik akan kesyukuran kehidupan kita yang dikurniakan oleh Allah. Seharusnya kita tidak merasakan Allah membenci kita apabila Allah mengambil kita keluar dari alam dunia. Sebaliknya Allah mengajak kita bertemu dengan-Nya di alam abadi. Menikmati keindahan alam semulajadi menjadikan kita senantisa berharap agar diri kita akan diselamatkan dan dicantikkan seperti Allah mencantikan alam ini. Ketenangan fikiran kita akan mendidik emosi supaya kita redha dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Semoga kematian diberkati dan dirahmati dengan keredhaan Allah yang maha penyayang lagi baik hati.